engkau...!
ya...engkau yang aku tuding!
sedarkah engkau di mana engkau berpijak...?!
sedarkah engkau di mana engkau menghirup udara pagi ?!
sedarkah engkau?!
lihat sekeliling...
lihat dan pasanglah telingamu
mendongaklah....
lihat langit...
tingginya ia dari bumi...
lihat bumi....
rendahnyer ia dari langit....
terang lagi bersuluh...
tanah merah dan hitam ciptaan Allah ini adalah tanah aku...
amanah Allah untuk aku menjadi khalifahnya....
pemimpinnya dan Penjaganya....
aku izinkan engkau menjejak ke sini...
aku izinkan engkau berdiam di sini....
aku izinkan engkau mengorek rezeki bersama....
aku izinkan engkau menikmati kenikmatan yang ada
aku izinkan engkau berkhidmat sesetia sifatmu...
aku izinkan engkau berpangkat di bumiku...
aku izinkan engkau berkata-kata di hadapku...
namun jangan engkau membatasi apa yang telah terbatas
jangan engkau melukakan NAMAku apabila kau sudah berNAMA....
jangan engkau menghiris peha pabila sudah mendapat betis
jangan engkau menconteng arang ke muka ku.....
jangan engkau berlagak sombong meninggi diri
jangan engkau lupa asal usul dirimu...
jangan engkau lupa warnamu....
jangan engkau lupa diam Aku bukan tanda menyerah...
jangan engkau lupa....
pantang Melayu menderhaka kepada Sultannya...
pantang Melayu menyerah kalah sebelum berperang...
begitulah Hang Tuah bermandi darah semata mahu mengekalkan daulat Sultannya...
begitu durjana Anak Bentan menderhaka kepada Sultan Mahmud....
muntah darah padahnya....
jangan engkau lupa....
dan jangan engkau lupa....
Tun Teja yang dulunya di dapor
kini memimpin para laksamana
Tun Fatimah juga sudah pandai menhunus keris
mnyingsing lengan sanggup mati kerana Melayu
tidak jauh beza dengan aku
kalau British, Jepun dan Komunis datang buat kali kedua
apa saja aku sanggup lakukan
baik dari hujung jari
baik dari hujung pena
bahkan dari kata-kata yang menikam...
apa saja cara...akan aku sanggupi...
pantang aku, namaku di hina....
melayu masih berdaulat...
mungkin katamu itu semua hanyalah mitos
akibat ditelan zaman...
lekang dek panas
basah dek hujan
itu kata engkau ....tidak bagi aku
bagi aku..
Melayu berdaulat besar
Melayu berilmu tinggi
Melayu penuh adab sopan
aku bangga kerana aku Melayu...
meskipun ramai yang memandang sebelah mata
aku tetap bangga sebagai Melayu
meskipun aku benci engkau
aku tetap punya hati perut
aku tetap punya sabar
aku tetap punya belas
aku tetap punya kasih
aku tetap punya simpati
kerana itulah engkau berada di tempatku..
kerana aku adalah Melayu
Melayu yang penuh sifat belas dan sabar
kerana itu Melayu penuh penghormatan
benar kata Hang Tuah
tidak Melayu hilang di dunia
tidak sekali-kali
bangsaku...
jangan bermulut besar
kerana mulut badan binasa
kerana hati menjadi raja, matilah kita
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
ingatlah pantang larang nenek moyang kita tentang mulut
meskipon engkau ingat semua ini...
sedarkah engkau apa yang telah engkau perbuat?
sedarkah engkau apa yang telah engkau perkatakan?
sedarkah engkau apa yang telah terjadi?
ya....
baru sekarang engkau mahu sedar..
aku yang dulu Tinggi telah menjadi Rendah dek kata-kata engkau...
ya...
aku marah...
aku berpaling daripada memandang engkau...
aku berpaling dan tidak akan menoleh....
engkau faham apa yang harus engkau perbuat...
engkau akan faham nanti....
kapal sedang menantimu...
pergilah
selamat tinggal
Nampaknya saya belum ada peminta..haha..
ReplyDelete*peminat...
ReplyDelete