Thursday, June 3, 2010

Salahkah?

sementara saat berlalu
sementara jari melayan pena
menggubah ilmiah di muka kertas

segalanya tersentap
bila dia mengbangkitkan semua
kerana marahkan nyamuk
perlukah kelambu dipunah?

kerana dia marahkan yang lain
kenapa diri ini yang meluap-luap?
kerana hanya satu
kerana hanya melayan karenah anak kecil
yang belum tentu masak akalnya
kerana hanya terusik dengan kata-kata anak kecil
yang belum mahu erti kata hormat

dek kerana tempiasnya mengena
di permulaan baris
setiap eja katanya dan maknanya
sungguh tepat mengiang di telinga

orang kata
dari mata turun ke hati
namun yang terjadi
dari bicara terkesan di hati
sakit, sakit dan terus sakit
sehingga tertunduk
sebal, tebal dan terguris
patutkah bangun
patutkah berdiam
patutkah berdendam
patutkah terus tertunduk
tidak tahu
diam

namun,
walau hati tersentuh, ingin memberontak
tetap masih ada akal yang beraja
dek mahu pertahan nilai
menghormati yang tua
mengasihi yang kecil

bukan mahu jadi semangka
licin di luar, tapi banyak hidupan di dalam
bukan mahu jadi bijak kata
pandai membetah, tapi tidak pandai menjaga
hanya mahu sedikit perhatian
dengarkanlah lonjakan hati

tidak semewahnya menujah tekanan konkrit
ke atas hati yang kecil
ke atas sekelompok pemikiran yang tidak sedepa
malah tidak sehasta
malah tidak sejengkal

di akui
walau ada satu bongkah yang retak
walau ia semakin retak
dan semakin retak kerana degilnya
dan semakin retak kerana besar kepalanya

kenapa harus
dan kenapa mesti
kenapa mesti Melayu juga yang bertitip
dengan mudah di hiris-hiris
di hadap yang lain
di banding-banding
di beza-beza
terkilan
kerana diri ini bukan begitu
kerana yang satu itu

meski anak kecil yang salah
bukankah nasihat yang elok
dan pujukan yang betul
mampu melerai
atau mungkin ada salah tafsir?
bukan niat mereka mahu menanam
benih-benih benci
bukan niat mereka mahu memercik
pecikan bunga api

tidak lebih sekadar anak-anak
yang mahu dipimpin
yang mahu di dorong
yang mahu di gendong
yang mahu di ajak bermain

mereka bukan iri
mereka bukan dendam
malah tidak terniat mahu membalas
cuma mahu sedikit saja
hanya sedikit, setitik, semiligram
kasih cendekiawan
yang banyak makanan ilmu
yang tidak akan luak jika di beri

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails