Posto,Posto,Posto
Di mana kau?Tidak datangkah hari ini?
Aku ingin menerima bungkusan kertas
Yang tertulis namaku di atasnya
Yang berisi bait-bait cinta darinya
Yang ikhlas menyatakan cintanya
Sampaikanlah segera
Jangan kau berlengah masa
Sudah sekian lamanya
tidak bertemu
tidak bertentang mata
tidak berbalas senyuman
hanya suara,hanya huruf elektronik yang menyapa
Kau tahukah apa yang aku ingin saat ini?
Kau tahukah apa yang aku damba tika ini?
Hanyalah bunyi kenderaanmu bersinggah di anjung
Hanyalah salammu kepada ku menyampai berita
Berita dari selatan sana
Berita dari pelabuhan sana
Berita dari sang pujangga
Berita yang bersambung-sambung menyampai cinta
Kertas yang lepas, telah ku belek telah ku baca
Kertas yang lepas, telah ku rasa nikmatnya menanti
Kertas yang lepas, telah ku simpan dengan rapi
Hanya menanti episod akan datang
Hanya menanti kau Posto
Hanya menanti kau
Segeralah bersinggah
'Masih adakah berutus warkah?'
'Masih adakah teruna bertulis cinta?'
'Masih kah ada?'
Ya masih ada
Ya masih wujud
Ya masih utuh berdiri di hatiku
Bagai tidak di makan usia
Bagai tidak di telan zaman
Aku bosan dengan cara kini
Aku bosan ber e-mail elektronik
Aku bosan ber sms berdering
Aku bosan
Makanya, aku menanti Posto datang
Menanti dia berbaju merah biru
Menanti dia bermotor merah
berbungkus-bungkus surat kiri kanan
Menanti dia yang setia menjadi penyambung cinta
Menanti dia bersenyum nakal kerana aku punya surat cinta
Surat Cinta untukku
Surat Cinta dari selatan
Terima kasih Posto
Kerana bersusah mengharung hujan
Kerana bersusah menerik sinar mentari
Kerana bersusah meniti jambatan
Kerana berbocor tayarmu tergilis paku
Kerana menghulur surat cinta buat ku
Terima kasih Posto
Tin, Tiiiinnnnn
Oh! Itu dia
Oh! Itu dia sudah sampai
Dari jauh ku ekori dengan mataku
Dari jauh segera ku langkahi
Menuruni anak tangga jati
Dengan langkah berhati-hati
Di anjung segera ku nanti
'Nah, ini surat cintamu'
'Nah, ini surat dari abangmu'
'Aku pergi dulu'
'Aku datang lagi bila ada suratmu kelak'
Sambil senyumku padamu, tanda terima kasih
Sambil lambaiku padamu, tanda menanti surat baru
Sambil senang hatiku, tanda ada suratku
Aku baca dengan hati berbunga, tanda aku cinta padanya
Terima kasih Posto
Terima kasih
Surat cinta
Cuba teka
Selamat Hari Raya
~~~~~~~~~~habis sudah~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment