Thursday, June 3, 2010

Kek Cinta

aku temukan sepotong kek
ada coklat
ada krim
ada hiasan bunga-bunga
ada rupa yang cantik
menarik seleraku

aku mahu sebiji kek penuh cinta
namun ku temukan hanya sepotong kek
aku bersyukur
aku gembira
aku suka
senyum :)

aku menemukan kepayahan untuk memiliki sepotong kek
aku redah kesesakan orang ramai
aku tepis halangan pembuka selera yang lain
aku hanya mahu kek
kek itu yang penuh cinta
kasih sayang
senyum mesra
dan kehangatan

aku merenung sepotong kek itu
yang cuma tinggal sepotong
harus ku rebut
segera
dengan pantasnya
telatahku di perhati
oleh si dia
aku malu
kemerahan
dan senyum terukir

segera dia beredar dengan senyum
aku terusan menyentuh cermin
mahu yang itu
mahu yang itu juga
aku senyum sambil memerhati kek itu
kek cinta
kek yang sedap
kek yang manis
kek yang cantik
girangnya aku

tapi
di ambil orang saat aku mahukannya
aku tanyakan lagi
ada lagikah kek seperti ini
gelengan kepala yang aku terima
kecewa
hatiku mahu yang itu juga
kek yang itu juga

aku berlalu kecewa mencari yang lain
sambil memandang lantai mall
langkahku terhalang
oleh sepasang kaki
berdiri tegak
kek cinta datang di penglihatanku
wah.............
aku segera tersenyum
gembira hatiku
si dia memandang wajahku ceria
kerana kek cinta di beri olehnya

terima kasih abang...
aku cinta padamu.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails