Terima kasih kerana masih sudi nak baca entry aku. Aku dah banyak baca entry otai-otai bloggers macam Ariffshah.com , Kak Jie (maaf malas nk p carik URL web dia--akak ni fame taw) dan ramai lagi otai2....macam-macam jenis entry aku baca...ada yang seram ada yang ngeri termasuklah gambar-gambar yang mengekspresikan perasaan dari dalam diri aku....
Aku masih lagi blogger yang baru...terlalu baru dalam dunia penulisan..tapi aku tahu dan kenal diri aku sendiri...apa yang aku suka, siapa yang lebih kenal aku, siapa yang tahan dengan kemarahanku dan siapa suka memuji aku...
Sedikit sebanyak pahit manis dalam hidup aku, apa yang yang telah aku lalui aku hampir melayangkan KAD MERAH...macam pemain bola sepak di padang...sepatutnyer REFEREE yang layangkan KAD MERAH tapi aku sendiri yang hampir melayangkan KAD MERAH untuk diri aku sendiri....aku dah malas nak jadi orang DEWASA melihat pelbagai kerenah manusia....aku ingin sekali nak jadi anak kecil...yang hidupnyer penuh warna warni...cuma tahu berseronok...berjumpa kawan-kawan....tak perlu risau tentang duit, tak perlu risau tentang apa-apa masalah KEWANGAN DUNIA yang berubah-ubah....tak perlu berdepan dengan MASALAH SOSIAL remaja yang keliru mencari IDENTITI.....tak perlu bising-bising bila HARGA BARANG DAN HARGA MINYAK naik....tak perlu keluar mengundi PARTI mana yang patut memerintah NEGARA kita.....
AKU CUMA NAK JADI BAYI KECIL....
yang akan di layan penuh kasih sayang bila menangis....
yang akan di suap bila lapar....
yang akan di pujuk di belai bila berkerenah....
yang akan di bobok bila mengantuk...
BAHAGIA kan??
SERONOK....rasanya lebih SERONOK DI BELAI IBU BAPA daripada SERONOK DI SYURGA,,,,
aku tidak mengharap syurga
kerana aku tahu asal usul diriku
kerana aku tahu hitam putih hati ku
kerana aku tahu mulia hina diri ku
aku cumalah kerdil antara jutaan gergasi
aku cumalah pasir di antara jutaan batu
aku cumalah layang-layang
sampai masa akan putus talinya
aku juga tidak mengharap neraka
aku tak sanggup dekat dengan bahangnya
aku tak sanggup mendengar jerit sakit penghuninya
ngeri.....
gerun....
takut....
bila sang PENGHUKUM menyebat CEMETI
mendengar nama KURUNGANnya saja
sudah cukup menggegar hati
ke mana nak LARI??
jangan harap lah
setiap yang hidup akan merasa mati
................................................................................................
No comments:
Post a Comment