Sunday, May 30, 2010

Jalan-jalan di Jugra

Jalan-jalan lagi.....

Tempat yang sama...ni sambungan daripada entry yang lepas...malas la nk sambung byk2...sambung sini plak la. Hehehe...selepas lepaking di atas bukit JUGRA tuh....kami pusing satu bukit tuh....dan kalau korang nak tahu kat sini ada banyak JIRAT CINA di lereng-lereng bukit..mcm ni....


pastu Cik Ijoy bawak kami ke tempat bersejarah ni.....Muzium Tapak, Jugra, Kuala Langat, Selangor....ataupon bahasanya omputihnyer IN SITU MUSEUM....maksudnyer muzium ni memang asalnya adalah di atas bukit Jugra ni....dulu muzium ni adalah balai polis lama...and Ijoy kata ada penjara kat atas bukit...penjara menempatkan orang-orang bersalah la..apa lagi...


Penjara Jugra atau dahulu dikenali sebagai Rumah Pasung ini terletak dalam daerah Kuala Langat. Ia merupakan penjara pertama di Negeri Selangor dan dibina daripada batu granit yang amat unik. Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad sekitar 1870-an semasa Jugra menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Selangor. Pada masa sekarang hanya tinggal beberapa bahagian tembok binaan yang masih kukuh dan penjara ini telah dibaikpulih dan dipelihara oleh pihak Lembaga Muzium Selangor. 

ni pic aku cilok daripada SINI
 
Kita orang x masuk sini pon...just kat luar jerk...kalau x silap kereta kebal tuh dah letak kat luar dah...mcm yang kitaorang amik ni....


dan ini jugak..ini aksi terlampau sikit...hehhe


rupanya ini adalah balai polis lama...memang seram...kalau malam mcm mana la agaknyer kan...lagi satu..masa aku melepasi kawasan balai polis ni..aku perasan ada tangga yang menyambungkan balai polis ni ke puncak atas...kira tangga tuh menghala ke atas bukit ni la...katanya itu kawasan larangan. tak sapa ley masuk...dan hanya orang-orang tertentu yang boleh masuk...uishh..ni perasaan ingin tahu aku dah terlebih ni...rasa macam cerita penyiasat plak...hehehe..lain kali biar aku ceroboh atas sana,,ada apa agaknyer ye??




Semasa mencari-cari maklumat JUGRA di GOOGLE aku sangat2 tertarik dengan hasil tangkapan fotografi sorang mamat ni..cun...jom cuci mata...

ye..inilah kawasan aku amik pic dengan cik sukasuki dan jugak cik ijoy...tapi rupanya cuma mcm ni jer la....

      

dan ini jugak..cuma nampak U jerk..heheheeh


Tak macam mamat ni amik...cantik....ada 'umph' dia nyer pic...aku suka...hehehe


dan lebih-lebih lagi...bila dia amik pic yang mcm ni..di waktu senja...heheh...kalau la aku ada DSLR...perghh memang syok la....


mahsyuknyer bila dapat menikmati suasana di waktu senja begini..di kaki bukit,.indahnyer ciptaan Tuhan....
ucapkan SUBHANALLAH....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails